Friday 12 August 2011

Alhamdulillah!

Alhamdulillah...selesai sudah puasa untuk hari ini..eh..eh..ada lagi 18 hari...Macam mana berbuka tadi?Pasti ramai yang berpusu-pusu ke bazar ramadhan membeli juadah berbuka..Alhamdulillah juga antibodi saya masih kuat untuk tidak menjejakkan kaki ke bazar ramadhan (seperti tahun lepas)..bukan tidak mahu menyokong ataupun memeriahkan bazar ramadhan, tetapi memandangkan nafsu dan godaan di sana tidak mampu saya tahan dan lawan lebih baik saya masak sendiri..bukan kedekut tau!..tapi takut membazir..kadang-kadang kta tak sedar yang sebenarnya perut kita kecil masa berpuasa tapi nafsu kita sangat besar..itulah salah satu ujian di bulan ramadhan ni..

Tapi, harini saya berjaya membeli semua barang yang diperlukan untuk buat kuih raya..alamak! macam x sabo plak nak buat kuih raya..first time plak tu,slama ni duk cilok kuih raya kat umah mak je, sampai mak pon duk boring asyik kena beli telap je untuk packing kuih kat anak dia yang tersayang ni...free plak tu..so, raya kali ni saya decide untuk berdikari dan tidak menyusahkan mak saya lagi..In fact, saya boleh bagi kuih raya saya pulak dekat mak dan mak mertua saya..ceh, macam confirm jadik jer!..insyaAllah, setelah kajian dilakukan dari pelbagai sumber yang dipercayai, saya yakin yang hasilnya pasti memuaskan..yeaahhh!!!..Nak tau kuih raya apa yang saya nak buat..check it out! saya akan update bila da start nanti..bila nak start ek, tunggulah kalau saya 'cuti'..dont worry..tak lama lagi...

Daaaa!!!!!!

nurul shamisza

Thursday 11 August 2011

Hi EveryOne!

Assalammualaikum...hoooh..hoooh..udah berabuk blog ni..da berbulan tak diupdate..bukan malas yer..tapi kesibukan amat menghimpit diri ini (yolah tu), lagi pula laptop saya sudah jahanam..so terpaksalah sekarang menempel di laptop hubby tercinta..InsyaAllah kalau dapat duit raya banyak tahun ni bolehla beli lappy baru..sapa yang nak bagi duit raya kat saya..I will love them so muchh!!!

Eh cite raya pulak..Selamat berpuasa yer..Semoga amalan kita diterima dan dosa kita di ampunkan.. InsyaAllah kita akan terus istiqamah melakukan amal-amal baik ni, jangan duk buat bulan ramadahan je (mengingati diri ini)..Entahlah, knapa sejak masuk je bulan ramadhan saya kerap berfikir tentang kematian...Ramadhan kali ini nampaknya memberi impak yang besar dalam diri saya, bukan setakat berpuasa sahaja tapi saya kerap berfikir adakah saya masih hidup lagi Ramadhan akan datang?..Lantas, saya akan mula menangisi diri saya, dosa-dosa saya dan juga orang-orang tersayang yang akan saya tinggalkan..Bersediakah saya menghadap Allah?Waa..Waa..Moga-moga Allah panjangkan umur saya dan orang-orang yang saya cintai..Saya masih belum mampu membalas jasa mereka..hua..hua..hua..Dikesempatan ini saya ingin memohon ampun kepada seluruh manusia di bumi Allah ini andai saya ada membuat kesilapan dari sebesar hama sehinggalah sebesar-besarnya..Sesungguhnya dosa saya amatlah banyak..seluas lautan pon x cukup, banyak lagi...

Nurul Shamisza


Tuesday 26 April 2011

Nasi Lemak ->OBESITI..urm..

Assalammualaikum...



                              nasi lemak.jpg
                                                   gambar diambil dari Pak cik google..

Blurp...alhamdulillah..kenyangnya tengok gambar nasi lemak ni..Hebat tak, tengok gambar pon da kenyang blom makan lagi..Kalau dah makan mahu tambah lagi, cuma kalau kat kedai malu la nak tambah..Nanti orang kata 'alamak minah ni,muka ayu tapi makan banyak' ..haha..so, terpaksalah control je makan..time ni la baru nak amalkan sunnah Rasulallah kunyah makanan 40 kali..Betul tak?.betul lah tu..(pandai ngata orang yang bercakap pon sama,ops!)

Tapi lebih mengancam kalau makan nasi lemak kampung punye. macam ni..

                                                        
                                                     gambar diambil dari Pak cik google..

Bila buka je bungkusan tu, semerbak bau daun pisang tu..Bisa menggegarkan jantung orang sekeliling (cewah!)..Sapa kata makanan Malaysia tak sehebat Pizza, Spagetti, etc..blom cuba blom tau..Teringat plak zaman-zaman sekolah dulu, selalu makan nasi lemak macam ni waktu rehat..Waa..mau sekolah semula!

Tapi, betul ke nasi lemak punca utama obesiti dikalangan kanak-kanak sekolah?erm..rasanya kita tak boleh nak salahkan nasi lemak je kot..sekalipun dia penyumbang tapi mungkin sekadar 1% ataupun kurang..Banyak lagi penyebab lain contohnya makanan segera, junk food, gemar kepada minuman bergula..jangan terkejut susu tumbesaran budak pon banyak gula..macam manalah depa ni tak obes, sejak kecik lagi dah dibesarkan dengan susu bergula..

Siapa yang harus dipersalahkan?..Tiada siapa pon boleh dipersalahkan..Langkah yang bijak sekarang ialah meh kita betulkan diri kita sendiri (termasuk saya)..First, curi masa sedikit untuk masak di rumah. Lebih berkhasiat dan paling penting kita tahu apa kita campur dalam makanan kita..Less salt less sugar..Yes, I know..mungkin ini susah bagi ibu yang berkerjaya dan bekerja, tapi rasanya ok kot berkorban sikit untuk famili..masak simple je contohnye sup sayur, ikan goreng dan sebagainya..yang paling penting, suami pon bertambah sayang..Second, kurangkan atau kalau boleh jangan beli langsung junk food..again, i know..budak-budak kan suka mengunyah dan diorang kerap lapar..budak je ke, mak ayah tak lapar ke..hehe..so, gantikan kudapan mereka dengan gajus, badam, kismis, buah-buahan..otak cerdas minda pintar..ceh..ye, memang susah nak galakkan mereka makan buah..As a solution, beli buah yang mereka suka..let them pick their own fruit..cute kan bunyi nyer..Selain itu, galakkan mereka minum air masak instead air sirap, air bikarbonat etc..Saya selalu jeles tengok orang cina galakkan anak mereka kuat minum air masak/putih..tengok budak cina kat sekolah bawa air botol besar wo..sebab tu kot, anak diaorang cerdik especially bab-bab mengira..hehe..

In short, peranan ibu bapa adalah penting untuk mencorakkan pemakanan anak-anak mereka..Apa yang diajar dan diterapkan di rumah akan diamalkan walaupun dia di luar kawasan rumah..Lama-lama diorang dah tak heran or kebal dengan junk food yang banyak di jual di luar kawasan sekolah dan sebagainya..Bak kata hubby saya 'lebih baik kita keluar duit sket untuk jaga kesihatan kita daripada pegi hospital bila sakit kemudian hari sebab kita tiada duit nak beli ubat'..pepatah pon ada kata 'lebih baik mencegah daripada merawat'..

p/s: entri ini tidak berniat untuk mengajar mana-mana pihak tetap lebih kepada peingatan untuk diri saya sendiri..thanks a bunch for reading..

nurul shamisza

Sunday 24 April 2011

Boleh GEMUK ke kalau minum air??

Assalammualaikum..

Again, boleh gemuk ke kalau minum air ni? Soalan seperti in seringkali menyebabkan ramai orang takut untuk minum air berlebihan, takut untuk minum air pada waktu malam dan menyebabkan ramai orang kurang peduli tentang kepentingan air.

                                        

Yang menghairankan, tidak mengapa pula kalau minum air kopi, teh tarik atau air manis berlebihan..Kadangkala, ketakutan ini di sebabkan oleh stigma minum air berlebihan boleh menyebabkan gemuk air..Betul ke?.. Air boleh menggemukkan atau ini sekadar 'rumors' yang disebarkan oleh pihak-pihak tertentu untuk melariskan produk pelangsingan mereka..Secara peribadi, saya tidak percaya yang air boleh menggemukkan. Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri sebagai orang yang  kuat minum air iaitu sekurang-kurangnya 3 liter sehari..Setiap kali saya minum air saya pasti akan ke tandas. Secara logiknya, ini menunjukkan air berlebihan yang diambil akan dibuang semula bersama kotoran atau toksin-toksin yang tidak diperlukan oleh badan. Proses yang sama tetap berlaku walaupun saya mengambil dalam kuantiti yang banyak sebelum tidur..Tetapi apa yang terjadi kalau kita kurang minum air dalam sehari. Kita akan kurang ke tandas, sukar kencing sehingga menyebabkan air kencing kita berbau kurang menyenangkan dan warnanya pun tidak cantik ( kuning..yeik)..Kalau tidak percaya, cubalah..

Selain itu, ada juga larangan untuk minum air semasa melakukan aktiviti kecergasan samada indoor (gym) dan outdoor (park)..Pernah ada orang menegur saya di gym sewaktu saya dengan asyiknya meneguk air setelah penat berjalan laju di tread mill selama 40 minit..Katanya, tidak elok minum air semasa melakukan senaman..ohmigod!matilah kalau tidak minum air (di dalam hati)..tetapi saya hanya mengiyakan..Malangnya, saya tidak ikut pun (degil betul!)..mana boleh, air dalam badan yang keluar sebagai peluh perlu digantikan kalau tidak boleh pengsan oo...

Kesimpulannya, pernyataan mengenai air dan keGEMUKkan sukar difahami secara logik..Apa yang pasti, air yang berlebihan akan keluar semula melalui perpeluhan ataupun air kencing..


nurul shamisza

Saturday 23 April 2011

Air oh Air !

Assalammualaikum...

Nak tahu rahsia kekal langsing, awet muda dan penghadaman yang baik?..Air lah jawapannya..ceh macam iklan plak bunyinye..Tapi bukan sebarang air tau..Air yang terbaik sekali didunia adalah air zam-zam atau air yang jernih warnanye..Untuk orang yang jauh dari sumber air zam-zam, penyelesaiannye adalah air putih atau pun plain water, kate omputihla..Ataupun lebih dikenali sebagai air jarang oleh orang johor dan yang sama waktu dengannye..Kenapa ek panggil air jarang, maybe sebab sifat air tu yang transparent = jarang..

                                                    

Ish, nampak mengancam plak gambar air ni..Kita selalu dengar atau tengok iklan kat tv atau program kesihatan yang menyarankan pengambilan 8 gelas air putih sehari..Tetapi ada juga kajian yang mengesyorkan kadar  pengambilan air putih adalah bergantung kepada berat badan ataupun kandungan lemak dalam badan seseorang..Contohnya, orang yang mempunyai kandungan lemak dalam badan yang tinggi perlu minum lebih dari 8 gelas sehari kerana air yang masuk dalam badan kita diserap lebih oleh lemak berbanding kulit atau sel badan kita sendiri..Kesannya, badan kita akan kurang hidrasi walaupun kita minum banyak air dalam sehari..Macam mana nak tahu kandungan lemak dalam badan kita?..Boleh check kat hospital tak pun, kalau ade orang promote produk2 kesihatan kat shopping complex etc boleh gak sibuk2 dekat diorang..biasanye free tapi kenalah tahan telinga dan ada antibodi yang kuat bila diorg promote barang2 diorg..Bukan apa, takut terpengaruh..hehe..


                                                                
  
Selain itu, untuk orang yang nak kuruskan badan biasanye disarankan untuk minum sekurang-kurangnya 3 liter air sehari..It is so amazing and it works well with me!..Macam mana nak tahu, kena sukat la..Bukan susah pun, beli jer tumbler / botol air yang ada sukatan dekat luar permukaan botol tu, macam 1 liter and etc..Kalau botol 1 liter kn make sure satu hari minum 3 botol yer..Like me, I suka guna botol yang 1 liter sebab senang nak sukat dan secara psikologinya memotivasikan.. Kenapa?..Kita akan rasa tidak terbeban sangat sebab 3 botol jer kan sehari..Tapi, kalau guna 0.5 liter kena 6 botol..ohmigod!..jenuhlah nak refill jer..Kalau diamalkan insyaALLAH bukan setakat kurus jer tapi kulit pon akan bertambah cantik dan lembab jer..Tapi jangan terlalu mengharapkan kesannya serta merta, kena sabar dan ingat! tidak rugi pun amalkannya..

                                                     

Bagi sesiapa yang mengalami masalah penghadaman ataupun kerap sembelit..Air adalah ubat yang paling mujarab, tak perlulah ambil atau minum apa-apa teh herba ataupun pil- pil yang boleh melancarkan pembuangan najis kerana kesannya adalah tidak baik untuk usus dan perut kita..Selain itu, air juga boleh menghalang masalah buasir yang disebabkan oleh aktiviti 'teran-meneran' semasa membuang najis..Kalau kita rasa susah, then stop..jangan paksa-paksa..senang jer, g minum air byk2.. InsyaALLAH, kurang dari 5 minit kite boleh membuang dengan senang dan seronok..Perut pon boleh cantik jer, tak buncit..Senang dan jimat, tak payah pon melabur mahal2, cuma bayar bil air je..hehe
                                                                   

'Alamak, malasla nak g toilet selalu',  ' Tidak sedaplah minum air masak, tawar!' dan sebagainya seringkali di jadikan alasan untuk tak nak atau malas minum air..Memanglah kalau minum banyak air kena g toilet selalu..Lagi pula, buat apalah kita nak simpan toksin dan bahan beracun dalam badan kita lama-lama, tidak baik untuk kesihatan ok!..Plus,  membazir jer bayar Indah Water kalau kita sayang nak melabur dalam tangki septik sendiri..Realitinya, memanglah air masak tu tawar tapi sihat dan jimat..tidak payahlah beli gula ataupun bayar perubatan yang mahal disebabkan masalah diabetis ( beli insulin, check up and bla..bla..bla..).. So, say NO to the laziness and excuses!


                                                        

Life is easy isn't it?..So, kita enjoy!


                                               


nurul shamisza



Sunday 10 April 2011

Hello!

First oF all, Congratulate to me! i've finished my Viva, therefore i will declare myself as a job hunter..YEHOO..

                                    

I realized that Career and Postrgaduate Expo organized by Pen Event at Pisa last Saturday and Sunday will be a great opportunity to me as I could send my resume as many as I could , closely observe and communicate with HR personnels from various companies (local and MNC)..However, I had a bad experience in the expo too. I found that there still has 'discrimination' in the employee selection. What i mean by 'discrimination'???..Below are some evidences that I found:

                                            

Me: May I know what are positions available in your company?
HR personnel:It is not about the positions available, but it is about what you can give to us..
Me:???? (what the hell she talking about)
HR personnel: So, what u can give to us?
Me: Actually, i am fresh grad, i have MBA in international business and my degree in biology. Therefore, could u please give me the list of positions available that i could consider based on my capability, skills as i dont have any working experience in this industry.
HR personnel: (she reluctant handed the list to me, but nevermind i have saw it before from one 'chi ya nun alif '  girl who managed to get it.). If I give u sale, do u want?
Me: (Ohmigod! I hate sale very much)..Do u have other position except sale? (tricky question).
HR personel: No. (she lied, i saw there are dozens of positions available) we got one training programme as you are fresh grad..Do you have 3.5 in your degree?
Me: (are you kiddding, you also dont got it in your degree)..Nope..
HR personnel: so, no position available to u..
Me: Its ok,thanks for the information...(luckily i am a muslim, if not i will yell at you)

What makes me upset and dissapointed until now is not just about the conversation, but about how she treats 'chi ya nun alif ' and me.

-first, she talked their language with their people pretending that nobody (except 'chi ya nun alif ' ) would understand their language. But, she didnt realized many people could understand many languages instead of their mother tongue these days. Luckily i took 'chi ya nun alif '  language last two sems, so i managed to understand a bit. Me also talked in English with one malay personnel in one MNC counter!
-She took more than one 15 minutes talking with their people. so other peoples have to queue  as she won't entertain people who interrupt her conversation eventhough we are asking for the pamplet.
-She arranged one 'chi ya nun alif ' girl  who has background in Mass Comm for the interview not for the training programme but for one position. Worst, she only g0t 2.8 in her CGPA. But me, she asking for 3.5 (idiot!!)
-She managed to explained clearly to the 'chi ya nun alif ' before me which position is available in bukit mertajam, butterworth etc. plus, i could hear and understand clearly that she also mentioned 'it's ok ( referring to the girl pointer), unless u got 2.5 and above'. Again!!uh!uh!

Unfortunately, the company is one of local company.. Made in Malaysia ok!...It seems useless for them joining such event as they could advertise that in 'chi ya nun alif ' news paper. They have missed alot of great talents, flooded in the expo and hunger for the job which able to give them more profit . They should acknowledge that diversity workforce has proved by many researches able to bring  prosperity to the company and makes the company sustainable and competitive as well...
p/s: sorry,this entry is quite long..so, let's share and let's be happy!



nurul shamisza

Saturday 5 March 2011

WelCoMe To mY BloG ;)

Assalamualaikum..

Finally...uhhh..dapat juge blog ni siap setelah beberapa minggu tertangguh dek kerje yang menimbun banyaknya..im declare myself as a new blogger..yehooo..so sapa2 ade idea or komen untuk improve blog ni, feel free to drop any idea, comment or critique.



so, Apa ek tema blog ni?..it could be anything..daripada review product kecantikan, tips kecantikan, resepi masakan yang i sendiri cuba, preloved items sale n apa2 jelah..so, dipersilekan share korang nyer idea, info..

errmm apa yer first isu?..pop!got the idea..tunggu ok!will publish ASAP..

Daaa...

nurul shamisza