Saturday 23 April 2011

Air oh Air !

Assalammualaikum...

Nak tahu rahsia kekal langsing, awet muda dan penghadaman yang baik?..Air lah jawapannya..ceh macam iklan plak bunyinye..Tapi bukan sebarang air tau..Air yang terbaik sekali didunia adalah air zam-zam atau air yang jernih warnanye..Untuk orang yang jauh dari sumber air zam-zam, penyelesaiannye adalah air putih atau pun plain water, kate omputihla..Ataupun lebih dikenali sebagai air jarang oleh orang johor dan yang sama waktu dengannye..Kenapa ek panggil air jarang, maybe sebab sifat air tu yang transparent = jarang..

                                                    

Ish, nampak mengancam plak gambar air ni..Kita selalu dengar atau tengok iklan kat tv atau program kesihatan yang menyarankan pengambilan 8 gelas air putih sehari..Tetapi ada juga kajian yang mengesyorkan kadar  pengambilan air putih adalah bergantung kepada berat badan ataupun kandungan lemak dalam badan seseorang..Contohnya, orang yang mempunyai kandungan lemak dalam badan yang tinggi perlu minum lebih dari 8 gelas sehari kerana air yang masuk dalam badan kita diserap lebih oleh lemak berbanding kulit atau sel badan kita sendiri..Kesannya, badan kita akan kurang hidrasi walaupun kita minum banyak air dalam sehari..Macam mana nak tahu kandungan lemak dalam badan kita?..Boleh check kat hospital tak pun, kalau ade orang promote produk2 kesihatan kat shopping complex etc boleh gak sibuk2 dekat diorang..biasanye free tapi kenalah tahan telinga dan ada antibodi yang kuat bila diorg promote barang2 diorg..Bukan apa, takut terpengaruh..hehe..


                                                                
  
Selain itu, untuk orang yang nak kuruskan badan biasanye disarankan untuk minum sekurang-kurangnya 3 liter air sehari..It is so amazing and it works well with me!..Macam mana nak tahu, kena sukat la..Bukan susah pun, beli jer tumbler / botol air yang ada sukatan dekat luar permukaan botol tu, macam 1 liter and etc..Kalau botol 1 liter kn make sure satu hari minum 3 botol yer..Like me, I suka guna botol yang 1 liter sebab senang nak sukat dan secara psikologinya memotivasikan.. Kenapa?..Kita akan rasa tidak terbeban sangat sebab 3 botol jer kan sehari..Tapi, kalau guna 0.5 liter kena 6 botol..ohmigod!..jenuhlah nak refill jer..Kalau diamalkan insyaALLAH bukan setakat kurus jer tapi kulit pon akan bertambah cantik dan lembab jer..Tapi jangan terlalu mengharapkan kesannya serta merta, kena sabar dan ingat! tidak rugi pun amalkannya..

                                                     

Bagi sesiapa yang mengalami masalah penghadaman ataupun kerap sembelit..Air adalah ubat yang paling mujarab, tak perlulah ambil atau minum apa-apa teh herba ataupun pil- pil yang boleh melancarkan pembuangan najis kerana kesannya adalah tidak baik untuk usus dan perut kita..Selain itu, air juga boleh menghalang masalah buasir yang disebabkan oleh aktiviti 'teran-meneran' semasa membuang najis..Kalau kita rasa susah, then stop..jangan paksa-paksa..senang jer, g minum air byk2.. InsyaALLAH, kurang dari 5 minit kite boleh membuang dengan senang dan seronok..Perut pon boleh cantik jer, tak buncit..Senang dan jimat, tak payah pon melabur mahal2, cuma bayar bil air je..hehe
                                                                   

'Alamak, malasla nak g toilet selalu',  ' Tidak sedaplah minum air masak, tawar!' dan sebagainya seringkali di jadikan alasan untuk tak nak atau malas minum air..Memanglah kalau minum banyak air kena g toilet selalu..Lagi pula, buat apalah kita nak simpan toksin dan bahan beracun dalam badan kita lama-lama, tidak baik untuk kesihatan ok!..Plus,  membazir jer bayar Indah Water kalau kita sayang nak melabur dalam tangki septik sendiri..Realitinya, memanglah air masak tu tawar tapi sihat dan jimat..tidak payahlah beli gula ataupun bayar perubatan yang mahal disebabkan masalah diabetis ( beli insulin, check up and bla..bla..bla..).. So, say NO to the laziness and excuses!


                                                        

Life is easy isn't it?..So, kita enjoy!


                                               


nurul shamisza



No comments:

Post a Comment