Sunday 24 April 2011

Boleh GEMUK ke kalau minum air??

Assalammualaikum..

Again, boleh gemuk ke kalau minum air ni? Soalan seperti in seringkali menyebabkan ramai orang takut untuk minum air berlebihan, takut untuk minum air pada waktu malam dan menyebabkan ramai orang kurang peduli tentang kepentingan air.

                                        

Yang menghairankan, tidak mengapa pula kalau minum air kopi, teh tarik atau air manis berlebihan..Kadangkala, ketakutan ini di sebabkan oleh stigma minum air berlebihan boleh menyebabkan gemuk air..Betul ke?.. Air boleh menggemukkan atau ini sekadar 'rumors' yang disebarkan oleh pihak-pihak tertentu untuk melariskan produk pelangsingan mereka..Secara peribadi, saya tidak percaya yang air boleh menggemukkan. Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri sebagai orang yang  kuat minum air iaitu sekurang-kurangnya 3 liter sehari..Setiap kali saya minum air saya pasti akan ke tandas. Secara logiknya, ini menunjukkan air berlebihan yang diambil akan dibuang semula bersama kotoran atau toksin-toksin yang tidak diperlukan oleh badan. Proses yang sama tetap berlaku walaupun saya mengambil dalam kuantiti yang banyak sebelum tidur..Tetapi apa yang terjadi kalau kita kurang minum air dalam sehari. Kita akan kurang ke tandas, sukar kencing sehingga menyebabkan air kencing kita berbau kurang menyenangkan dan warnanya pun tidak cantik ( kuning..yeik)..Kalau tidak percaya, cubalah..

Selain itu, ada juga larangan untuk minum air semasa melakukan aktiviti kecergasan samada indoor (gym) dan outdoor (park)..Pernah ada orang menegur saya di gym sewaktu saya dengan asyiknya meneguk air setelah penat berjalan laju di tread mill selama 40 minit..Katanya, tidak elok minum air semasa melakukan senaman..ohmigod!matilah kalau tidak minum air (di dalam hati)..tetapi saya hanya mengiyakan..Malangnya, saya tidak ikut pun (degil betul!)..mana boleh, air dalam badan yang keluar sebagai peluh perlu digantikan kalau tidak boleh pengsan oo...

Kesimpulannya, pernyataan mengenai air dan keGEMUKkan sukar difahami secara logik..Apa yang pasti, air yang berlebihan akan keluar semula melalui perpeluhan ataupun air kencing..


nurul shamisza

No comments:

Post a Comment